Rakyat tidak peduli samada ini pembalasan dendam politik, asalkan yang terima rasuah perlu dikenakan hukuman

Nampaknya sementara rakyat semakin miskin, ahli-ahli politik dan kroni mereka semakin kaya-raya. Dalam kes yang melibatkan mantan perdana menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang bergelar Muhyiddin Yassin, beliau akan dihadapkan ke mahkamah di mana beliau boleh membela dirinya sendiri dengan peguam-peguam yang mahir. Samada beliau dan beberapa orang lain yang tertuduh akan disabitkan kesalahan bergantung kepada kes-kes yang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Tertuduh boleh membela diri, walaupun tertuduh cuba menyalahkan pihak lain atas perbuatan mereka. Semasa mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan, beliau juga menuduh kesnya adalah kes pembalasan dendam politik. Tetapi untuk rakyat umum, kita tidak peduli samada ini pembalasan dendam politik...